Tuesday 20 June 2017

3 Tips Makan yang Membantu Anda Menurunkan Berat Badan



Apabila melibatkan soal pengurangan berat badan atau untuk menjadi lebih sihat, tidak ada pendekatan yang mudah. Ia memerlukan kesungguhan, bukan sekadar membeli produk-produk menurunkan berat badan. Perlu ada usaha daripada diri sendiri untuk melakukan aktiviti fizikal.

Terdapat bermacam cara untuk mengurangkan berat badan termasuklah tiga cara seperti berikut;

1. ULANG, ULANG, ULANG


Jangan rasa sedih atau rasa tidak kreatif kerana makan makanan kesihatan yang sama setiap hari. Kajian menunjukkan bahawa kejayaan mereka yang melakukan penurunan berat badan secara jangka panjang sebenarnya mengamalkan tabiat ini. Ia bukan sahaja lebih mudah bahkan tidak memberikan sebarang tekanan. Fikirkan beberapa jenis makanan yang anda suka dan amalkan ia secara berkala.

2. MULAKAN DENGAN SERAT


Dahulukan dengan sajian sayur-sayuran pada setiap jamuan tengah hari dan makan malam. Sebabnya, sayur-sayuran kaya dengan serat dan air yang dapat membantu anda merasa kenyang tanpa kandungan kalori yang banyak.

3. GUNAKAN TRIK JURNAL 3-HARI


Kadang kala kita akan tersasar daripada landasan perancangan disebabkan oleh keadaan-keadaan yang tidak mengizinkan. Oleh itu, kembalilah ke dalam 'track' sebagaimana yang telah dirancang dengan mencatat menu (makanan dan minuman) dan senaman untuk tiga hari berturut-turut supaya anda akan sentiasa ingat dan mengenalpasti bahagian diet yang perlu ditambah baik.

Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment

Kitakah Yang Memilih?

Popular Posts